Friday, August 10, 2012

Kematian Itu Pasti

ape sebab yea tibe tibe je saye nak postkan pasal kematian ? hmm  , tadi berfacebook sekejap , lepastu trima berita yang rakan sekolah telah menghadap ilahi . tak sangka sangat . mnjadi arwah di bulan yang mulia dan pada penghulu segala hari , iaitu hari jumaat . sebelum nie bnyak jugak dengar cerita kawan yang meninggal dunia pada usia yang muda . Sememangnye ajal dan maut memang tak mengira usia . Tambahan , HARI RAYA AIDILFITRI akan menjelma tak lame lagi . Mesti keluarga arwah terase kehilangan .
Kadang-kadang rase sayu seketika bile mndengar berita kematian , bile pula tiba mase untuk aku menghadap ilahi . Adakah masa itu , aku sudah bersiap-sedia dengan amalan-amalan aku semasa di dunia ?
Adakah aku sudah bertaubat ? Adakah aku sudah meminta ampun dengan orang di sekeliling aku terutamanya IBU dan ABAH ku yang telah melahirkan dan membesarkan aku?? Ya Allah , andai sudah tiba masanya untuk aku pergi , pda masa itu aku harap keluarga ku dapat menerima pemergian ku :(

 Rasulullah saw bersabda: “Orang mukmin ketika  datang kematiannya –ia didatangi al basyir (pembawa kabar gembira) dari Allah, maka tidak ada yang paling menyenangkan bagi orang mukmin ini dibandingkan berjumpa dengan Allah. Maka Allah akan senang menemuinya. Sesungguhnya orang fajir (pecandu dosa) atau orang kafir jika menghadapai kematian, akan datang padanya keburukan yang pernah diperbuatnya, atau menemui keburukan-keburukan lain. Sehingga ia enggan berjumpa dengan Allah, dan Allah enggan menemuinya.




Lakukanlah kebaikan , andai sebentar lagi kamu akan menghadap kematian . Sesungguhnye , kematian bukan sesuatu yang kite tahu bile , di mana ia akan berlaku . Cukuplah kita semua tahu , kite semua akan juga mengahadapi kematian .

Ade sesetengah yang berkata , jika sesiapa yang akan menghadapi kematian , mereka akan rasa sesuatu . Sikap dan tingkah laku mereka akan berubah sebelum menghadapi kematian .Ade yang akan memohon maaf kepada kawan kawan serta ahli keluarga .

merasa simpati kepada keluarga arwah , faham bagaimna peraan seseorang yang kehilangan orang yang tersayang . Ape ape pun , TAKZIAH kepada keluarga arwah . Hanya doa kepada arwah yang mmpu dihulurkan . Moga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman . AMIN





Di Mana Kita Berada, Maut Akan Mendapatkan Kita ,
Bila Tiba Waktunya , Sekalipun Kita Disebalik benteng Yang Tinggi Lagi Kukuh .












No comments:

Post a Comment